top of page

Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia telah ditubuhkan pada tahun 1946. Nama asal bagi MPKSM ialah Majlis Pusat Kebajikan Malaya. Central Welfare Council yang telah ditubuhkan selepas Perang ke-2 untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan ekoran daripada kesan peperangan.​​

MPKSM OLD PIC
MPKSM Old Picture

​​​​Pada peringkat awal penubuhan Central Welfare Council, ahli-ahlinya dilantik oleh Kerajaan. Yang Dipertua Central Welfare Council yang pertama ialah isteri kepada Ketua Setiausaha Kerajaan pada masa itu iaitu Mrs. A.T. Newboult. Pada masa yang sama Central Welfare Council juga mempunyai Jawatankuasa Kebajikan di peringkat negeri dan daerah untuk membantu dan menjalankan kerja-kerja kebajikan. Ahli-ahli Central Welfare Council di peringkat negeri mahupun daerah juga dilantik oleh kerajaan. Manakala pegawai-pegawai Daerah telah dilantik sebagai Pengerusi dan Penolong Pegawai Daerah-Daerah sebagai Setiausaha Central Welfare Council peringkat Daerah.​​​​​​​​​​​​

MPKSM Old Picture
MPKSM Old Picture

​​​​​​​​​​​​​Sementara itu, sumber kewangan utama bagi Central Welfare Council diperolehi daripada Lembaga Loteri kebajikan Masyarakat yang telah telah ditubuhkan melalui Akta Parlimen pada tahun 1950. Apabila Lembaga Loteri Kebajikan Masyarakat dimansuhkan pada Oktober 1990, sumber kewangan MPKSM telah dibiayai oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan pembayaran dilakukan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Pada peringkat awal penubuhan , tanggungjawab Central Welfare Council meliputi;

 

i) Latihan Pekerja Masyarakat (pekerja kilang)

ii) Pelajaran Bagi Orang Dewasa (kelas dewasa)

iii) Perkhidmatan Belia

iv) Perkhidmatan bagi orang Buta

v) Membantu Pesakit Batu Kering

vi) Jagaan Lanjutan Bagi Bekas Penyakit Kusta

vii) Perkhidmatan bagi orangorang cacat

viii) Bantuan Umum

ix) Rumah bagi orang-orang tua

 

Akhirnya secara berperingkat CentraWelfare Council telah menumpukan tanggungjawab kepada pengurusan rumah orang tua. Sebaliknya pengurusan bagi orang-orang buta telah diserahkan kepada Persatuan Orang-Orang Buta Malaysia , bagi pesakit-pesakit batuk kering telah diambil alih oleh Persatuan Bagi Mencegah Penyakit Batuk Kering Malaysia dan bagi pemulihan bekas pesakit kusta telah diuruskan oleh Persatuan Bagi Pesakit Kusta Malaysia. Malahan Central Welfare Council adalah sebagai penaja dua buah pertubuhan iaitu Persatuan Bagi Mencegah Batuk Kering Malaysia dan Persatuan Bagi Pesakit Kusta Malaysia.​​​​​​​

Sijil Kebenaran
Kebenaran Menukar Nama Cawangan

​​​​​​​Pada 28 Jun 1951 Central Welfare Council telah didaftarkan dibawah Akta Ordinan Pertubuhan dengan nama MPKSM. Bermula dari itu MPSKM telah ditadbirkan oleh Pegawai-Pegawai MPKSM di Ibu Pejabat, 12 Cawangan Negeri dan 78 Cawangan Daerah. Dalam menjalankan pengurusan, MPKSM menerima geran tahunan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sumbangan derma daripada orang awam serta badan korporat.

 

Seterusnya perkhidmatan yang dijalankan oleh MPKSM telah berkembang merangkumi bidang-bidang penjagaan dan khidmat sosial bagi warga emas melalui kewujudan;

 

- Rumah Sejahtera (RS)

- Pusat Jagaan Harian Warga Emas(PJHWE)

- Program Khidmat Jagaan Warga Emas Di Rumah (Home Help)

- Program Pengangkutan Unit Penyayang

- Program Asrama Pelajar Miskin

 

Program dan aktiviti yang telah dan sedang dilaksanakan merupakan perkongsian bijak dan murni antara JKM dan MPKSM. Sejumlah peruntukan telah disediakan oleh JKKM untuk diurus dengan sebaik mungkin oleh MPKSM.​

​

Akuan Pusat Jagaan
Akuan Pusat Jagaan (Bengkel)

LATAR BELAKANG

bottom of page