MAJLIS PUSAT KEBAJIKAN SEMALAYSIA (MPKSM) CAWANGAN BATU PAHAT JOHOR
(OLD PEOPLE'S HOME / RUMAH ORANG TUA)
RUMAH SEJAHTERA BATU PAHAT


Latar Belakang
Rumah Sejahtera MPKSM Batu Pahat merupakan salah satu daripada 22 buah Rumah Sejahtera di bawah pengurusan Majlis Pusat Kebajikan Semalaysia (MPKSM) Negeri Johor. Rumah ini mula beroperasi sejak tahun 1960 bagi menempatkan warga emas miskin dan tidak mempunyai penjaga. Ia berfungsi sebagai pusat perlindungan dan penjagaan asas yang menekankan suasana kekeluargaan dan kasih sayang terhadap warga emas.​​​


​Kemudahan & Aktiviti
-
Asrama dan bilik kediaman asas untuk penghuni lelaki dan wanita.
-
Ruang makan, dapur, dan kawasan rehat.
-
Sokongan kebajikan melalui sukarelawan dan AJK MPKSM daerah.
-
Program kebersihan, kesihatan, dan aktiviti sosial bagi memastikan kesejahteraan penghuni.​​​​​​​​


​​​​Nama Pusat: Rumah Sejahtera MPKSM Batu Pahat
Alamat: Kompleks Penyayang MPKSM, KM 7, Batu 4, Jalan Kluang, 83000 Batu Pahat, Johor
Tarikh Penubuhan: Tahun 1960
Keluasan Tapak: 5 ekar
Status Tanah: Rezab Tapak Rumah Orang-Orang Tua
No. Lot: 2918, 2919
No. Pelan: 28015
Hak Milik Tanah: Kerajaan (diselenggara oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor)
Status Pendaftaran Pusat Jagaan: Berdaftar
No. Pendaftaran: J/PJB WT 024/2021
Tempoh Pendaftaran: 24 Mei 2021 – 23 Mei 2026
​
Nama Pengerusi/Pengendali:
Encik P. Tochenamuriti A/L Punusamy
Tel: 013-7727881
​
Nama Penyelia:
Encik Lee Poh Boy
Tel: 019-7326300
​
Jumlah Penghuni: 30 orang
-
Lelaki: 18
-
Perempuan: 12​​​




