MAJLIS PUSAT KEBAJIKAN SEMALAYSIA (MPKSM) CAWANGAN BATU PAHAT JOHOR
(OLD PEOPLE'S HOME / RUMAH ORANG TUA)


PENGENALAN
​
Program Khidmat Bantu di Rumah (KBDR) merupakan sebuah inisiatif kesejahteraan sosial yang memberi sokongan berstruktur kepada Warga Emas dan Orang Kurang Upaya (OKU). Program ini memberi tumpuan kepada individu yang tinggal bersendirian atau bersama keluarga yang memerlukan sokongan tambahan dalam menjalani kehidupan harian.
Di Negeri Johor, program ini dikendalikan sepenuhnya oleh MPKSM Cawangan Negeri Johor mulai tahun 2024 setelah sebelum ini berada di bawah penyelarasan MPKSM Kebangsaan. Program KBDR dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK). Khidmat diberikan secara terus ke rumah klien menerusi pendekatan social outreach oleh pasukan penyelaras dan sukarelawan KBDR.



OBJEKTIF PROGRAM
​
-
Memberi bantuan dan sokongan sosial kepada warga emas dan OKU supaya mereka dapat hidup lebih selesa, dihormati dan tidak merasa terpinggir.
-
Menyokong keluarga penjaga agar terus berperanan menjaga ahli keluarga yang memerlukan.
-
Menggerakkan penyertaan masyarakat selaras dengan konsep masyarakat penyayang.
-
Menggalakkan warga emas dan OKU terus tinggal di kediaman sendiri dalam suasana kekeluargaan dan komuniti.



PERKDIMATAN YANG DITAWARKAN
​
Sukarelawan KBDR melaksanakan lawatan berkala sekurang-kurangnya 2 jam setiap sesi, bergantung kepada keperluan klien. Antara bantuan yang diberikan ialah:
-
Penyediaan makanan & minuman
-
Pembersihan diri dan penjagaan asas
-
Teman berbual & sokongan emosi
-
Aktiviti riadah ringan
-
Mengemas rumah
-
Menemani ke tempat ibadah
-
Urusan bank & pembayaran bil
-
Pembelian barang keperluan harian
-
Basuhan pakaian
-
Kemudahan fisioterapi asas
-
Khidmat kaunseling
-
Membantu ke hospital/klinik
-
Bantuan lain mengikut keperluan klien
​




