top of page

Membantu kanak-kanak, remaja, wanita, warga tua dan orang kurang upaya menjadi rakyat yang taat setia dan berguna di masa hadapan serta menyumbang ke arah pewujudan satu bangsa Malaysia yang masyarakatnya:- bersatu padu dan maju;- berkualiti dan berwibawa;- bermoral dan beretika;- berbudaya ikram dan penyayang;- sejahtera serta bersyukur.

MISI

1. Menentukan kumpulan sasaran mendapat layanan yang adil dan saksama tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama dan yang kurang upaya.

2. Membina dan memupuk semangat tolong menolong, bantu membantu untuk mengukuhkan budaya ikram dan penyayang

3. Mewujud dan menyediakan kemudahan-kemudahan yang tertentu demi untuk menjamin penjagaan dan perlindungan kumpulan sasar kearah kesejahteraan hidup mereka.

OBJEKTIF

1. Menasihat dan menguruskan masalah-masalah kemasyarakatan dalam Semenanjung Malaysia

2. Memula atau melaksanakan apa-apa perkhidmatan kebajikan masyarakat yang ternyata atau percubaan yang tidak diselanggarakan oleh lain-lain pengusaha atau pertubuhan

3. Mendapati pertolongan dan sokongan dari orang  ramai dan Kerajaan untuk mencapai tujuan-tujuan Majlis ini

4. Memajukan kebajikan bagi orang -orang yang tiada sempurna anggota atau fikiran, yang serba kekurangan, yang sengsara dan melarat dan menyanggup atau membantu dalam tugas memajukan apa-apa rancangan yang mendatangkan faedah kepada kebajikan seperti itu.

5. Menyanggup sebarang perkhidmatan kemasyarakatan samada secara langsung atau melalui Cawangan-cawangan Negeri menurut tujuan-tujuan Majlis ini

6. Memohon bantuan wang, wang pemberian terkumpul (block grant) atau sebarang wang untuk apa-apa rancangan atu projek yang dianjurkan oleh Majlis ini untuk pertimbangan Kerajaan, orang perseorangan, dan lain-lain badan awam atau persendirian.

7. Memohon untuk bergabung serta menjadi perwakilan di dalam Majlis Kebajikan Masyarakat Kebangsaan Malaysia dan lain-lain Pertubuhan Kebajikan Kebangsaan Antarabangsa untuk penyertaan yang aktif 

VISI

Telefon:

07-4312915

011-51747618 (Admin)

019-7238923 (Office)

013-7727881 (Presiden)

Alamat: 

Kompleks Penyayang MPKSM,

KM 7 Batu 4, Jalan Kluang, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia.

© 2025 MPKSM BATU PAHAT.

bottom of page