top of page

PROJEK RUMAH SEJAHTERA

(OLD PEOPLE'S HOME/ RUMAH ORANG TUA)

MPKSM BATU PAHAT

  • Menyediakan penginapan yang selesa, bersih & mesra warga emas.

  • Membina fasiliti moden yang menjamin kesihatan & kebajikan jangka panjang.

  • Melahirkan sebuah pusat kebajikan yang menjadi contoh inklusif & penuh kasih sayang.​

BUTIRAN PROJEK

​Projek ini merupakan inisiatif kebajikan untuk membina sebuah bangunan baharu bagi warga emas yang memerlukan tempat perlindungan, penjagaan dan kasih sayang.


Bangunan ini akan menempatkan pelbagai kemudahan termasuk:

  • Dewan Serbaguna untuk aktiviti komuniti, program kerohanian dan sesi rekreasi.

  • Bilik Tinggal Selesa dilengkapi katil, almari dan kemudahan asas bagi keselesaan penghuni.

  • Bilik Rawatan Moden dengan peralatan asas perubatan seperti katil pesakit, alat tekanan darah, oksigen mudah alih, troli rawatan dan kemudahan kecemasan ringan.

  • Bilik Makan & Bilik Mandi Lengkap berperabot moden serta kemudahan baharu bagi memastikan keselesaan dan kebersihan penghuni.

STATUS PROJEK

Projek ini telah siap sebanyak 40% pada tahun 2019, namun tergendala apabila pandemik COVID-19 melanda. Selain menjejaskan kerja pembinaan, sumber dana yang ada turut terhenti sepenuhnya. 

Sebelum pandemik, kami pernah berusaha untuk mendapatkan dana melalui pelancaran filem bertajuk “Garang”, yang cukup istimewa kerana barisan pelakon utamanya terdiri daripada golongan OKU yang tinggal di kompleks MPKSM Batu Pahat sendiri. Filem ini bukan sekadar hiburan, tetapi juga satu usaha untuk mengetengahkan bakat dan ketabahan mereka, sambil menyebarkan kesedaran tentang kehidupan warga OKU dalam komuniti. Filem ini telah berjaya ditayangkan, namum disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sambutan dan kutipan dana yang diperoleh adalah amat terhad dan tidak mencapai sasaran yang ditetapkan. Justeru, sumber kewangan yang diharapkan untuk meneruskan projek turut terjejas teruk.

Poster garang
Poster Garang

Kini, dengan semangat baharu, kami meneruskan pembinaan Rumah Sejahtera (OLD PEOPLE' HOME / RUMAH ORANG TUA)  MPKSM Batu Pahat agar impian menyediakan tempat perlindungan yang selesa, tenang dan penuh kasih sayang buat warga emas dapat direalisasikan.

Kami ingin mendapatkan dana daripada individu, syarikat, dan badan korporat yang sudi bersama kami dalam usaha ini. Setiap sumbangan, tidak kira besar atau kecil, amat bermakna dalam membina tempat perlindungan ini.

SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN

Kami memohon sumbangan ikhlas daripada orang ramai dan syarikat korporat bagi menyiapkan Projek Rumah Sejahtera (OLD PEOPLE' HOME / RUMAH ORANG TUA) ini. Setiap sumbangan anda amat bermakna demi menjayakan usaha murni ini.

MAKLUMAT SUMBANGAN

Nama Akaun: Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia

No. Akaun: 10-576-000538-9

Bank: Affin Islamic Bank Berhad

Imbas Kod QR untuk sumbangan

​​


Sebagai derma kepada kewangan Majlis ini, dikecualikan daripada cukai pendapatan “Potongan Di Bawah Subseksyen 44(6), Akta Percukaian Pendapatan 1967".
No.Rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.0017

​​

*Sila WhatsApp Nama Penuh, No. Telefon, Alamat Emel dan Resit Sumbangan anda ke 011-51747618 untuk mendapatkan Resit Rasmi  

logo duitnowqr
Bank QR Code.JPG

OBJEKTIF KEMPEN

Telefon:

07-4312915

011-51747618 (Admin)

019-7238923 (Office)

013-7727881 (Presiden)

Alamat: 

Kompleks Penyayang MPKSM,

KM 7 Batu 4, Jalan Kluang, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia.

© 2025 MPKSM BATU PAHAT.

bottom of page